Jangan pertikai kesetiaan penjawat awam - Utusan Malaysia

Jangan pertikai kesetiaan penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak harus mempertikai kesetiaan penjawat awam, sebaliknya memberi tumpuan dalam aspek penambahbaikan dan kebajikan golongan berkenaan.

Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM), Abdul Malik Mohamed Zin berkata, ini selaras dengan peranan penjawat awam sebagai tulang belakang kepada negara.

“Sepanjang setahun Kerajaan PH mengambil alih pemerintahan, tiada kedengaran isu penjawat awam cuba memprotes atau sabotaj kerajaan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam masa sama, sistem pentadbiran Kerajaan PH berjalan lancar dan teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Malik, pihaknya memohon agar Kerajaan PH dapat mempertimbangkan bayaran khas kepada penjawat awam sempena sambutan 1 Syawal kelak.

“Bayaran khas ini amat bermakna kepada semua penjawat awam khususnya mereka yang berpendapatan rendah dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada kakitangan awam yang mahu Kerajaan PH ditumbangkan dan mengembalikan kerajaan yang membenarkan rasuah supaya lebih menguntungkan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini