KOTA BHARU 30 April – Usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan memberi bayangan sedia melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dipegang hampir 20 bulan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, presiden wanita pertama KAFA itu mengingatkan bakal penggantinya, Datuk Seri Amril Aiman Ab. Aziz supaya mempunyai sumber kewangan cukup jika mahu menerajui badan induk tersebut. Tanpa berselindung, Bibi Ramjani berkata, beliau bersyukur ada individu yang mahu menerajui badan induk itu yang ketika ini berdepan bebanan hutang. Menurutnya, sumber kewangan yang kukuh amat diperlukan dalam menggerakkan KAFA bagi memastikan pengurusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya