NEW YORK 23 Mei – Pelakon terkenal, Daniel Craig menjalani ‘pembedahan minor buku lali’ selepas cedera di set filem James Bond terbaharu.
Bagaimanapun menurut penerbitnya, pembedahan dan pemulihan pelakon tersebut tidak akan memberi kesan kepada jangkaan pengeluaran filem pada April tahun depan.
Craig yang melakonkan watak perisik lagenda British yang hebat tercedera ketika pengambaran di Jamaica.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pihak produksi akan meneruskan pengambaran sementara Craig membuat rehabilitasi selama dua minggu selepas pembedahan yang dijalankan. – AFP











