Jabatan Imigresen P. Pinang edar buah kurma kepada kakitangan erat silaturahim - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen P. Pinang edar buah kurma kepada kakitangan erat silaturahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 8 Mei – Jabatan Imigresen negeri mengambil inisiatif meraikan dan mengeratkan hubungan antara kakitangannya yang bertugas di beberapa buah lokasi di negeri ini menerusi pemberian buah kurma hari ini.

Menerusi inisiatif yang digerakkan Kelab Imigresen Pulau Pinang (KIPP) itu, sebanyak 451 buah kotak buah kurma diedarkan pegawai agensi berkenaan diketuai Pengarahnya, Muhamad Husni Mahmud.

Program yang bermula kira-kira pukul 9 pagi hingga 3 petang tadi itu melibatkan pengagihan buah kurma di empat lokasi di mana kakitangan Jabatan Imigresen negeri bertugas bermula di Depot Tahanan Juru di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, program sama turut melibatkan kakitangan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas; Pejabat Imigresen Georgetown dan Pelabuhan Pulau Pinang serta di Pejabat Imigresen Seberang Jaya.

Menurut Muhamad Husni, selain mengambil keberkatan dan meraikan bulan Ramadan, program yang julung kali diadakan itu juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara kakitangan jabatan berkenaan.

“Program ini juga antara pendekatan kita dalam menghargai sumbangan seluruh warga Jabatan Imigresen Pulau Pinang seterusnya membentuk organisasi ini sebagai sebuah keluarga.

“Menerusi program ini dan rahmat yang ada pada bulan Ramadan, diharapkan semua warga imigresen dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan bekerja secara berpasukan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhamad Husni menambah, pihaknya juga berhasrat untuk meneruskan aktiviti sumbangan itu pada masa depan melihat kepada impak positif dan penerimaan memberangsangkan daripada kakitangan imigresen di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini