IWK beri cadangan pembetungan projek pembangunan di Labuan - Utusan Malaysia

IWK beri cadangan pembetungan projek pembangunan di Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) hari ini tampil menjelaskan mengenai isu pembangunan industri di Labuan yang disiarkan di beberapa akhbar baru-baru ini.

IWK dalam kenyataan berkata, pihaknya merupakan agensi yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menilai dan memberi cadangan pembetungan bagi projek-projek pembangunan di Jalan Rancha-Rancha, Labuan, Sabah.

Katanya, mengikut Garis Panduan Industri Pembetungan Malaysia, sekiranya terdapat sistem pembetungan awam yang berdekatan, sesebuah pembangunan harus disambungkan ke sistem pembetungan tersebut jika ia terletak di dalam lingkungan 30 meter radius daripada tapak pembangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu agensi perakuan IWK telah mengesyorkan supaya pemaju menyambungkan ke rangkaian sistem pembetungan sedia ada Taman Rancha-Rancha yang berjarak kurang daripada 30 meter. Ini sekaligus dapat mengurangkan risiko pencemaran perairan dan alam sekitar di Labuan.

“Selain itu, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 Seksyen 58 (1) juga menyatakan, SPAN boleh mengarahkan pemaju mana-mana pembangunan yang tidak disambungkan ke suatu sistem pembetungan awam.

“Ini bertujuan untuk membina atau memasang pembangunan itu dalam tempoh yang dinyatakan, suatu paip sambungan daripada apa-apa bahan atau saiz dan pada apa-apa aras yang membolehkan pembangunan itu disambungkan dengan sepatutnya dan berkesan ke mana-mana sistem pembetungan awam.

Tambah kenyataan itu, pemaju juga perlu menyumbang kepada tabung kumpulan wang sumbangan modal pembetungan (KWSMP) untuk tujuan tersebut mengikut kadar yang telah ditetapkan.

“Mengikut semakan kami, pihak pemaju telah mengemukakan permohonan untuk penggunaan tangki septik individu secara sementara bagi enam unit pejabat atau gudang berkembar.

“IWK selaku agensi perakuan sistem pembetungan akan memberikan kerjasama kepada semua pihak berpandukan kepada polisi dan peraturan pembangunan sistem pembetungan negara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini