LONDON 26 Mei – Calon kepimpinan Parti Konservatif bertelagah tentang isu Brexit menjelang pemilihan pemimpin baharu parti berkenaan bermula. Menurut Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, pengganti Perdana Menteri Britain, Theresa May perlu lebih agresif bagi memastikan Brexit meraih sokongan di Parlimen. Lapor BBC, pemimpin baharu Konservatif dijangka akan dipilih pada akhir Julai. – AGENSI










