KUALA LUMPUR 28 Mei – Tidak memenuhi kriteria yang dimahukan menjadi faktor utama pemain import dari Kyrgyzstan, Akhlidin Israilov digugurkan daripada skuad UiTM FC. Walaupun baharu menyertai pasukan itu pada awal bulan ini bagi jendela perpindahan kedua, namun pengendali UiTM FC, Ismail Zakaria membuat keputusan menggugurkan pemain tersebut ekoran tidak memenuhi corak permainan yang dimahukan. “Kebanyakannya pengambilan pemain import dilakukan berdasarkan pemerhatian melalui rakaman video sahaja tanpa melihat secara fizikal…










