KUALA LUMPUR 2 Mei – Selain meletakkan sasaran untuk memilik rumah sendiri, penyanyi muda Ismail Izzani juga tidak menolak jika ditakdirkan mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Bagaimanapun, kata anak teruna Datin Suliza Salam ini, dia menyasarkan usia 25 tahun untuk berkahwin.
“Bukan senang untuk mendirikan rumah tangga. Sedangkan saya sendiri tidak terurus, jadi biarlah saya perbetulkan diri saya dahulu,” ujar jejaka usia 19 tahun ini kepada MHETV.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mengulas tentang hubungan rapat dengan rakan penyanyi Shalma Eliana, kata Ismail mereka sudah lama berkenalan dan selesa berkawan.
Berita lanjut bersama video di https://www.mhetv.my/ibu-restu-hubungan-ismail-izani-dan-shalma-eliana/











