Isi petrol percuma bagi penghantar makanan di Kepong, esok - Utusan Malaysia

Isi petrol percuma bagi penghantar makanan di Kepong, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Penghantar makanan bermotosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di sini, bermula 12 tengah hari hingga 5 petang, esok.

LIM LIP ENG
LIM LIP ENG 

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ia merupakan usaha pihaknya bagi menghargai kesungguhan penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadan ini.

“Semua penghantar makanan termasuk ‘Dahmakan’, ‘Foodpanda’, ‘Grabfood’, ‘Honestbee’ dan lain-lain dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong pada Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka sehingga penuh.” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini