DUBAI 18 Mei – Diplomat tertinggi Iran menolak kemungkinan akan tercetusnya perang di rantau itu sebaliknya menyatakan Tehran tidak mahukan konflik dan tiada negara boleh ‘berilusi’ boleh mencabar Iran.
Reuters yang memetik Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif sebagai berkata, kerajaan Iran menolak perang dan mereka juga tidak mempunyai idea atau ilusi akan ada pihak yang dapat mencabar Iran di rantau ini.
Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran meningkat sejak beberapa hari lalu serta menambahkan kebimbangan berhubung potensi konflik AS-Iran.
Memuatkan artikel berkaitan…
Awal minggu ini, AS mengundurkan beberapa kakitangan diplomatik dari kedutaan Iraq susulan serangan ke atas kapal tangkinya di Teluk. -AGENSI











