KUALA LUMPUR 13 Mei – Indeks volum perkhidmatan Malaysia meningkat 6.5 peratus kepada 167.4 mata dalam suku pertama 2019, berbanding 157.3 mata dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks volum pelarasan musim bagi sektor ini meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada 167.9 mata dalam suku tersebut berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
“Pertumbuhan positif sektor perkhidmatan dalam suku pertama dipacu oleh perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan serta segmen maklumat dan komunikasi dan pengangkutan dan penyimpanan yang kedua-duanya mencatatkan pertumbuhan yang sama pada 6.9 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Uzir berkata, segmen perkhidmatan lain berkembang sebanyak 6.4 peratus didorong oleh subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi pada 9.5 peratus. – UTUSAN ONLINE











