IPOH 3 Mei – Imam dari luar negara tidak dibenarkan menjadi imam solat sunat Tarawih di masjid-masjid mahupun surau-surau di negeri ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah untuk tidak membenarkan pelaksanaan tersebut. “Sebagai menjunjung titah tuanku, Jabatan Mufti Perak mengesyorkan agar masjid-masjid dan surau-surau di negeri Perak menggunakan khidmat pelajar-pelajar tahfiz tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya