Ikon Muda Koperasi Sekolah gilap bakat usahawan koperasi pelajar - Utusan Malaysia

Ikon Muda Koperasi Sekolah gilap bakat usahawan koperasi pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin melalui program khas Ikon Muda Koperasi Sekolah yang julung kali diadakan mampu mencungkil bakat usahawan koperasi dalam kalangan pelajar.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha pembentukan itu harus diterapkan bermula sejak sekolah supaya bakat kepemimpinan mereka dapat digilap sejak awal.

Oleh itu, beliau berkata, pihak Angkasa berbesar hati memilih tiga Ikon Muda berkenaan bagi memberi kesedaran kepada pelajar melalui penglibatan kokurikulum bukan penghalang untuk berjaya dalam bidang akademik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilihan Ikon Muda Koperasi Sekolah ini dibuat berdasarkan kejayaan pelajar dalam bidang akademik dan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum khususnya dalam aktiviti melibatkan koperasi sekolah.

“Ikon Muda ini akan dipilih pada setiap tahun bagi mencungkil bakat baru usahawan koperasi. Mereka akan dijemput ke sekolah – sekolah bagi berkongsi resepi kejayaan dalam aktiviti keusahawanan koperasi sekolah yang pernah disertai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Nasir Khan Yahaya.

Tiga Ikon Muda yang dipilih itu ialah bekas Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Sekolah Imtiaz Kuala Terengganu, Muhammad Hilman Nor Azmi, 18; ALK Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas, Pulau Pinang, Muhammad Khairin Yusraa Sabri, 18 dan ALK Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Muar, Johor, Nurul Fatihah Alashiqen Hishamuddin, 18.

Kesemua ikon itu menerima wang tunai dan sijil penghargaan daripada pihak Angkasa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini