Ikan lahirkan anak dalam tangan pemancing - Utusan Malaysia

Ikan lahirkan anak dalam tangan pemancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES, California – Satu detik mengujakan berjaya diabadikan apabila kejadian seekor ikan melahirkan anak hidup di atas tapak tangan seorang jurupandu pemancing berjaya dirakam di sebuah pantai di selatan California baru-baru ini.

Jurupandu pemancing itu mulanya teruja kerana berjaya menangkap seekor ikan yang besar dan mahu mengambil gambar bersamanya di tepi pantai berkenaan sebelum ikan betina tersebut tiba-tiba mula melahirkan anak di atas tapak tangannya.

“Kami segera melepas ikan itu semula ke dalam air. Beberapa ekor anak ikan yang dilahirkan turut dilepaskan semula ke dalam air dan ia berenang dengan laju,” kata jurupandu pemancing itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikan betina itu bagaimanapun kelihatan cuba berenang kembali ke pantai sebelum kumpulan pemancing itu membantunya membuat pusing U ke arah laut dalam.

Ikan barred surfperch atau nama saintifiknya Amphistichus argenteus adalah spesies yang mudah ditemui di sepanjang perairan California dan Mexico.

Spesies itu mudah dikenal pasti melalui beberapa garisan di sisi badannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×