KUALA LUMPUR 13 Mei – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. akan mengadakan majlis iftar bersama penduduk Pantai Dalam termasuk meraikan anak-anak yatim dan golongan asnaf.
POSTER program Iftar IWK bersama penduduk Pantai Dalam. – UTUSAN ONLINE
IWK dalam kenyataan di sini berkata, program tersebut akan diadakan di Dewan Komuniti Eco Park, Jalan Kampung Pasir 1, Pantai Dalam di sini pada Rabu ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, majlis yang bermula dari pukul 5 petang hingga 10 malam itu diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
“Majlis ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat IWK. Hasil sumbangan kakitangan IWK juga akan disalurkan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan selain mengeratkan ukhuwah,” katanya. – UTUSAN ONLINE











