KUALA LUMPUR 12 Mei-Pemikiran dan ideologi aliran ekstremism termasuk pengganas mampu dipulihkan dengan usaha berterusan membabitkan pelbagai pihak termasuk kerajaan.
Malah, Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata, pihaknya akan terus komited dan bersedia membantu pelbagai pihak memperbaiki pemikiran aliran golongan terbabit termasuk menerusi aspek akademik.
Menurutnya, pelbagai usaha telah dilaksanakan setakat ini termasuk penubuhan kira-kira 13 cawangan WOAG Malaysia di setiap negeri bagi memastikan usaha berkenaan dapat dicapai.
Berita berkaitan:
“Kita juga ambil pendekatan akademik dengan mengadakan perbincangan di sekolah agama rakyat (SAR) disamping menjadikan institusi pendidikan terpilih sebagai ‘sekolah angkat’.
“Selain itu, kita juga sudah semestinya mengadakan kerjasama erat dengan Universiti al-Azhar di Mesir dalam memberikan seminar serta ceramah atau apa jua pendekatan bagi menjelaskan erti Islam sebenar.Ini termasuk insiden keganasan di Christchurh, New Zealand dan Sri Lanka,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Berbuka Puasa WOAG Malaysia 1440H/2019M dan Hari Al-Azhar Al-Sharif hari ini. – UTUSAN ONLINE











