Icon Offshore raih kontrak RM12.7 juta daripada Carigali Hess - Utusan Malaysia

Icon Offshore raih kontrak RM12.7 juta daripada Carigali Hess

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Anak syarikat milik penuh Icon Offshore Bhd (ICON), Icon Offshore Group Sdn. Bhd., mendapat kontrak bernilai RM12.7 juta bagi menyediakan dua kapal penyelenggaraan pengendalian utama daripada Carigali Hess Operating Company Sdn. Bhd. (Carigali Hess).

Menurut ICON, kontrak tersebut adalah untuk tempoh setahun dengan diberi pilihan lanjutan tempoh selama tiga bulan.

“Tempoh piagam bagi pesanan perkhidmatan pertama adalah untuk 180 hari bermula 15 Mei, 2019, tarikh permulaan tentatif atau pada tarikh lain yang akan dipersetujui bersama antara kedua-dua belah pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan, tempahan sedia ada dan aset bersih ICON bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan seterusnya,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini