SABAK BERNAM – Seorang ibu tunggal tidak menyangka bengkak yang dialaminya pada paha kiri sejak September tahun lalu adalah simptom awal kanser Sarcoma (tisu). Rosilawati Sha’ari, 53, berkata, pengesahan penyakit itu diketahui susulan pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada bulan lalu. Katanya, dia pada mulanya hanya menyangka bengkak dihadapi merupakan bengkak biasa sebelum terus membesar sehingga menyebabkannya demam selama dua minggu. “Sebelum ini, saya bekerja di sebuah restoran…










