HWA Buskers penutup Busking Bersama Buskers petang ini - Utusan Malaysia

HWA Buskers penutup Busking Bersama Buskers petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Segmen hiburan, Jumaat, dua minggu sekali yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online, Busking Bersama Buskers akan menutup tirai petang ini dengan persembahan daripada HWA Buskers.

Seperti mana lazim, sepanjang bulan Ramadan, segmen hiburan ini yang menjadi platform kepada grup-grup busking akan berhenti rehat buat seketika.

Petang ini, tiga anak muda yang menggelar diri mereka sebagai HWA Buskers akan menghiburkan para penonton Busking Bersama Buskers dengan 10 lagu pilihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka terdiri daripada Sam (vokal), Faroq (gitar) dan Iskandar (cajon) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman busking sejak tahun 2012.

Rata-rata. lokasi HWA Buskers ialah di sekitar Bangi, Selangor, Pine Kitchen di Sungai Merab, C’Celop Hot di Cyberjaya dan Echal’s Steamboat di Semenyih, Selangor.

Sam berkata, 10 lagu yang menjadi pilihan dan bakal dipersembahkan di Pangggung Utusan petang ini ialah Dia, Hijau, Berita Kepada Kawan, Ku Akui, Hapus Aku, Sesat di Kuala Lumpur dan tiga lagu Inggeris iaitu You Are The Reason, I’m Yours dan Scientist.

HWA Buskers juga akan menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Seventeen berjudul Kemarin.

Busking Bersama Buskers yang dihoskan oleh Apak sejak dua tahun lalu, menjadi pilihan bukan sahaja kalangan grup buskers tetapi juga pelbagai genre muzik dan persembahan kebudayaan untuk memperlihatkan bakat seni masing-masing.

Jangan lupa petang ini, Busking Bersama HWA Buskers secara live. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini