Hukuman terhadap Anwar, fitnah yang direka pemimpin UMNO - Utusan Malaysia

Hukuman terhadap Anwar, fitnah yang direka pemimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 11 Mei – Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana statusnya sebagai bekas banduan, disifatkan sebagai biadab.

Dalam masa sama, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd. Syauqi Md. Sahimi turut menggesa Ahli Parlimen Kota Bharu itu agar menarik balik kenyataan tersebut.

Malah Mohd. Syauqi mempersoalkan sama ada Takiyuddin menyedari bahawa Anwar bukan lagi seorang banduan apabila Presiden PKR itu telah mendapat pengampunan sepenuhnya daripada Yang di-Pertuan Agong tanpa sebarang syarat tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar sebelum ini juga merupakan satu fitnah yang direka oleh musuh politiknya iaitu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar mahu mematikan karier politik beliau.

“Saya juga yakin beliau (Takiyuddin) tahu hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar adalah satu hukuman yang diatur dan dirancang.

“Sejarah Mahatma Gandhi (Ikon kemerdekaan India) membuktikan bahawa walaupun berkali-kali dipenjarakan, namun beliau (Mahatma) mampu menjadi seorang pemimpin yang mempunyai ramai penyokong.

“Adakah Takiyuddin memandang rendah dan hina kepada seorang manusia yang bergelar banduan?… Jika ini pemikiran seorang pemimpin, saya rasakan Takiyuddin tidak layak memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Takiyuddin ketika menyampaikan ceramah di Sandakan, Sabah mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini