SATUN, Thailand 30 Mei – Hubungan Malaysia-Thailand khususnya melibatkan Perlis dan wilayah Satun begitu akrab seumpama adik-beradik, termasuklah dalam kerjasama pasukan penguat kuasa dalam mengawal keselamatan di sempadan dua negara berkenaan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ini terbukti dalam hubungan erat antara Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri dengan penguat kuasa sempadan wilayah Satun terutamanya polis Diraja Thailand, telah berjaya mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan serta jenayah…










