PUTRAJAYA – Hanya disebabkan berlaku satu atau dua krisis dengan institusi raja, ia tidak menggambarkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara tidak mempunyai hubungan baik dengan istana, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, dakwaan PH tidak menghormati institusi raja oleh sesetengah pihak hanyalah tuduhan semata-mata. “Apapun yang penting, kita hendak tunjukkan hubungan yang baik, situasi mesra kerana kita tahu pandangan masyarakat umum terhadap institusi…









