SHENZHEN 29 Mei – Syarikat gergasi pembuat telefon pintar China, Huawei meningkatkan pertarungan undang-undang hari ini bagi menterbalikkan larangan agensi-agensi persekutuan Amerika Syarikat (AS) membeli produk mereka. Huawei memfailkan saman terhadap rang undang-undang AS pada Mac dengan menyatakan ia ‘tidak berpelembagaan’ dan Kongres AS gagal memberikan bukti menyokong sekatan terhadap produknya. Syarikat itu memfailkan usul untuk ‘summary judgement’ hari ini agar menentukan segera sama ada kes itu mempunyai merit untuk diteruskan. Ketua Pegawai Undang-Undang Huawei, Song Liuping berkata, kerajaan AS tidak menyediakan sebarang bukti bahawa syarikat mengancam keselamatan. “Tiada pistol,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya