Huawei disekat Google, Android - Utusan Malaysia

Huawei disekat Google, Android

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 20 Mei – Google melarang syarikat pembuat telefon pintar kedua terbesar dunia, Huawei daripada memiliki akses bagi proses kemas kini sistem operasi Android.

Ini bermakna, kesemua telefon mudah alih atau peranti yang baharu atau bakal dilancarkan Huawei akan kehilangan akses kepada beberapa aplikasi Google.

Tindakan itu diambil Google selepas pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meletakkan Huawei dalam senarai syarikat yang dihalang mempunyai hubungan perdagangan dengan negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor BBC, Huawei enggan mengulas berhubung langkah itu manakala Google menyatakan pihaknya menurut arahan dikeluarkan dan sedang menyemak implikasi yang bakal berlaku akibat tindakan tersebut.

KESAN BUAT PENGGUNA PERANTI HUAWEI

Pengguna telefon pintar Huawei sedia ada masih dapat menerima kemas kini aplikasi dan perkhidmatan Google Play Store serta tetapan keselamatan.

Namun, mereka tidak dapat menikmati sistem android terbaharu yang akan dilancarkan Google pada penghujung tahun ini selain peranti terbaharu tidak lagi dilengkapi dengan aplikasi seperti YouTube dan Maps.

Namun, pengguna Huawei masih boleh menggunakan sistem operasi Android melalui sumber pelesenan secara terbuka.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN HUAWEI

Rabu lalu, pentadbiran AS memasukkan Huawei dalam entiti yang disenarai hitam, menghalang Huawei daripada menerima perpindahan teknologi tanpa kebenaran kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Ren Zhengfei berkata, pihaknya telah membuat persediaan untuk berdepan sekatan AS itu dan akan terus beroperasi dengan membangunkan perkakasan mereka sendiri.

Huawei berdepan kecaman negara Barat selepas mengeluarkan produk berisiko ekoran penggunaan rangkaian 5G yang didakwa digunakan China untuk tujuan pengintipan.

Huawei yang menolak dakwaan itu menegaskan produknya tidak mengancam keselamatan dan bebas daripada pengaruh kerajaan China.

Walaupun begitu, beberapa negara bertindak mengharamkan penggunaan produk Huawei yang dilengkapi rangkaian 5G dengan Britain belum menguatkuasakan larangan itu.

KESAN JANGKA PENDEK BAGI HUAWEI

Untuk jangka masa pendek, perkembangan ini akan memberi implikasi besar buat Huawei khususnya di negara Barat.

Pengguna tidak mahukan telefon pintar yang lemah dari segi akses terhadap Google Play Store, bantuan virtual dan kemas kini keselamatan.

Bagi jangka masa panjang pula, penjual telefon pintar mungkin mencari alternatif lain untuk mempelbagaikan jualan produk yang menggunakan sistem operasi Google, terutamanya ketika program carian dalam talian itu giat memperkenalkan jenama-jenama Pixelnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini