Honor tiga kamera - Utusan Malaysia

Honor tiga kamera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Honor Malaysia baru-baru ini melancarkan Honor 20 Lite, peranti pertama jenama berkenaan dengan tiga kamera belakang. Kamera utama mempunyai resolusi 24 megapiksel (MP), kamera kedua yang baharu iaitu kamera bersudut lebar lapan MP dan lensa ketiga-tiganya untuk kesan bokeh. Kamera depan pula ditampilkan dengan 32 MP yang tinggi bagi membolehkan pengambilan gambar dengan terperinci dan jelas.

Peranti kelas pertengahan ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan pertangahan iaitu Kirin 710 yang terkenal dengan kebolehan jimat kuasa dipadankan dengan 4GB RAM dan 128 kapasiti storan dalaman.

Baterinya yang berkuasa 3,400mah mampu dijimatkan dengan lebih efisien dan mampu bertahan lebih sehari dengan penggunaan ringan seperti membuka dan menutup aplikasi, melayari aplikasi media sosial, melayari laman sesawang dan menonton video secara ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skrin peranti ini bersaiz 6.21 inci sangat luas dengan 83 peratus bernisbah 19:9 bertakuk kecil untuk menempatkan lensa kamera swafotonya.

Reka bentuk peranti ini amat ergonomik dan sangat selesa dalam genggaman tangan.

Dengan lengkungan kaca pada bahagian depan dan kemasan polikarbonat di belakang membuatkannya tidak berat, hanya 164 gram.Peranti terbaharu Honor ini didatangkan dengan antara muka Android 9 Pie dengan EMUI 9 yang sangat jitu lagi mudah operasinya.

Ia tersedia dengan tiga warna yang menarik dan cerun iaitu biru, merah dan hitam.

SPESIFIKASI

Cip: Kirin 710 Octa-Core 2.2 GHz (Kecerdasan pintar terbina dalam)
Kamera utama belakang: Tri 24 megapiksel + 8 megapiksel + 2 megapiksel
Kamera swafoto: 32 Megapiksel
Saiz: 6.21” dengan skrin bertakuk kecil dan pengimbas cap cari di belakang
RAM: 4 GB
Storan dalaman:128 GB
Berat: 164gm
Bateri: 3,400 mAh dengan pengecasan pantas USB jenis mikro
Struktur dan binaan: Kaca berkilat depan belakang dengan sisi aluminium
Warna: Biru, merah atau hitam berkilat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini