Honda tinggalkan Melbourne Victory - Utusan Malaysia

Honda tinggalkan Melbourne Victory

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE, 21 Mei – Pemain bintang Jepun, Keisuke Honda menuggumumkan dia akan meninggalkan Melbourne Victory pada minggu ini selepas satu musim atas alasan mahu mencari cabaran baharu.

KEISUKE Honda (depan) ketika aksi bersama Melbourne Victory, baru-baru ini. -AFP

Masalah kecederaan turut menjadi salah satu faktor prestasi pemain berkenaan tidak begitu baik yang menyaksikan dia tidak beraksi untuk sembilan perlawanan ketika pertengahan musim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bangga dapat bersama pemain Melbourne Victory dan diberikan peluang bermain di Australia.

“Saya melangkah keluar daripada kelab ini untuk mencari cabaran seterusnya namun saya tidak akan lupakan masa saya bersama kelab ini.

“Saya doakan kelab ini meraih kecemerlangan pada masa akan datang,” kata Honda. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini