KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Siri Akhir Lelaki FIH malam ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal dan timbalannya, Datuk Prof Dr. Shamala Subramaniam.
Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia dan Kanada itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Amad Shapawi Ismail.
Malaysia dan Kanada secara automatik melayakkan diri ke Kelayakan Olimpik yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.
Dalam perlawana tersebut, impian pasukan negara untuk menamatkan kemarau memegang gelaran utama antarabangsa terus berpanjangan selepas tumpas kepada Kanada 2-3 dalam pentas akhir Pusingan Final Siri FIH malam tadi. – Bernama











