Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam, Perlembagaan undang provokasi - Utusan Malaysia

Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam, Perlembagaan undang provokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei- Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan hari ini tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah dan hanya boleh menimbulkan provokasi.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, perhimpunan tersebut yang boleh menimbulkan sentimen perkauman dan keagamaan sepatutnya dibawa menerusi rundingan dan diselesaikan secara rasional.

“Kami menentang perhimpunan tersebut. Saya bersetuju dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perhimpunan itu tidak mempunyai asas kerana Perlembagaan Persekutuan telah menjamin Islam sebagai agama rasmi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika ada yang percaya status Islam diancam, selesaikan melalui undang-undang dan bukannya menganjurkan perhimpunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dominic, di bawah pentadbiran Malaysia Baharu, isu politik perkauman dan keagamaan perlu dihentikan bagi memastikan penyatuan masyarakat berbilang bangsa.

“Rakyat kini menolak sentimen perkauman dan agama sebaliknya mencari sesuatu yang lebih terbuka dalam masyarakat berbilang bangsa.

“Perhimpunan untuk mempertahankan Islam dilihat cenderung menghasut sentimen perkauman dan agama terutama dalam kalangan umat Islam. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini