Hidup daif, serba kekurangan - Jiran - Utusan Malaysia

Hidup daif, serba kekurangan – Jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 29 Mei – Keluarga lelaki yang disyaki memukul anaknya berusia enam bulan sehingga maut di Kampung Baroh, Jalan Santan di Ngulang di sini Sabtu lalu tidak terlalu bergaul dengan penduduk kampung dan banyak menghabiskan masa di rumah.

Keluarga berkenaan juga didapati hidup dalam keadaan daif dan serba kekurangan.

ZAHARI KASSIM
ZAHARI KASSIM 

Jiran suspek, Zahari Kassim, 56, berkata, dia dan dua rakannya membuat kutipan wang baru-baru ini untuk membeli makanan dan barang keperluan buat keluarga tersebut

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sumbangan tersebut diberikan pada Isnin lalu iaitu sehari sebelum kematian bayi itu.

“Pada masa itu saya lihat bayi dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada mukanya. Bagaimanapun, isteri suspek beritahu bayinya tidak sihat kerana sudah dua hari tidak dapat membuang air besar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Zahari, dia mengetahui suspek ada masalah berkaitan mental tetapi tidak pernah nampak lelaki berkenaan mengamuk mahupun berkelakuan agresif di kampung ini.

Utusan Online hari ini melaporkan seorang bayi berusia enam bulan maut dipercayai kesan daripada dipukul oleh bapa kandungnya sendiri di sebuah rumah di Batu Tiga Kampung Baroh Jalan Santan, Ngulang di sini, pada Sabtu lalu.

Selepas beberapa hari berada dalam keadaan tidak bermaya, bayi perempuan berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.24 petang semalam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×