Herrera percaya kepada Solskjaer - Utusan Malaysia

Herrera percaya kepada Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Mei – Pemain tengah yang akan meninggalkan Manchester United, Ander Herrera percaya Ole Gunnar Solskjaer mampu memberikan kejayaan kepada pasukan itu pada masa akan datang.

Herrera, 29, mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Old Trafford selepas lima tahun bersama kelab itu dan dia sudah beraksi di bawah tiga pengurus termasuk Louis van Gaal, Jose Mourinho dan Solskjaer.

Sepanjang bersama United, dia menampilkan aksi cemerlang namun prestasinya menurun sejak dua bulan lalu dan Herrera percaya bahawa pasukan itu memiliki individu yang tepat untuk membimbing mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya kepada Ole.

“Saya percaya kepada Michael (Carrick), Kieran (McKenna), Mike Phelan dan Demps (Mark Dempsey) tetapi saya percaya tugasan mereka bukan mudah.

“Mereka perlukan masa. Solskjaer adalah antara insan terbaik di dalam dunia bola sepak. Semua orang menyukainya dan semua mahu berjuang bersamanya,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini