Hentikan politiking sempit, tumpu pembangunan semula ekonomi negara - Abu Bakar - Utusan Malaysia

Hentikan politiking sempit, tumpu pembangunan semula ekonomi negara – Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Semua pihak diharapkan supaya menghentikan politiking sempit antara parti politik sebaliknya memberi tumpuan bersama-sama kerajaan membangunkan semula ekonomi negara.

Harapan itu ditegaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya yang menjelaskan bahawa pelan pemulihan ekonomi negara yang dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini berada pada landasan yang betul. 

“InsyaAllah, ekonomi kita akan kembali pulih, kita haris meletakkan kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan. Jangan lagi kita bercerita (terlalu fokus) terlalu banyak hal-hal politik, pilihan raya umum dah lepas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang penting sekarang ini semua rakyat kena bantu kerajaan. Tanpa sokongan dan dokongan rakyat, langkah pemulihan ekonomi negara mungkin sukat dan lambat untuk dicapai kerana terlalu banyak bangkangan yang tidak tentu pasal,” katanya. 

Abu Bakar yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Bersatu itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan kepada Asnaf di Bandar Puteri Bangi, di sini malam tadi. 

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Bersatu Bahagian Serdang, Datuk Dr. Sukiman Sarmani dan Pengerusi Perwakilan Penduduk Zon 24, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Zainurin Arifin. 

Mengulas lanjut mengenai situasi ekonomi negara ketika ini, Abu Bakar menyifatkan Malaysia mempunyai daya tahan yang tinggi selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus bagi suku pertama tahun ini meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan faktor luaran khususnya perang dagangan di antara Amerika Syarikat dengan China. 

Fakta itu katanya diumumkan oleh Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Yunus dan dilaporkan media pada 16 Mei lalu diikuti oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi perutusan Hari Wesak yang disambut hari ini. 

“Jika indikator ini kita ambil kira, maka kita boleh yakin bahawa perancangan kerajaan dalam menyusun atur ekonomi negara sedang berjalan dengan baik ditambah pula dengan asas ekonomi yang kukuh serta keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini