Haval Crazy Raya tawar pakej pemilikan terbaik - Utusan Malaysia

Haval Crazy Raya tawar pakej pemilikan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Haval Malaysia melancarkan kempen Haval Crazy Raya sempena me­raikan jualan lima juta ken­deraan jenama itu di seluruh dunia selain memeriahkan musim pe­rayaan Aidilfitri.

Ketua Bahagian Pengedar Jualan, GO Auto Sales Sdn. Bhd. (Go Auto), Suhaimi Nawawi berkata, kempen tersebut menawarkan jaminan perbatuan tanpa had selama lapan tahun bagi model Haval H2 manakala tujuh tahun untuk Haval H1.

Katanya, pelanggan yang membeli Haval H2 turut menikmati perkhidmatan servis dan alat ganti percuma selama lima tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Haval adalah satu-satunya kenderaan utiliti sukan (SUV) yang hadir dengan tawaran jaminan seumpama ini di Malaysia dan merupakan tawaran keemasan yang perlu direbut oleh peminat-peminat SUV untuk memiliki ­kenderaan pilihan mereka.

“Tawaran ini juga secara tidak langsung meningkatkan keyakinan orang ramai yang Haval adalah peneraju kepada SUV diyakini di Malaysia dan seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GO Auto merupakan pengedar kenderaan Haval di Malaysia turut menawarkan pakej pemilikan kenderaan menarik kepada pembeli yang membuat tempahan sekarang hingga 30 Jun depan.

Menurut Suhaimi, pembeli boleh memilih satu daripada tiga pakej pemilikan yang ditawarkan bagi model Haval H2 yang bersesuaian dengan keinginan mereka dan mendapat bonus.

Katanya, orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat atau memandu uji SUV berkenaan di beberapa lokasi siri jelajah atau hadir ke pusat jualan Haval di seluruh negara.

“Jaminan dan pakej menarik ini pas­tinya memberi kelegaan kepada pembeli dan menikmati pemanduan SUV yang sebenar,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran jaminan dan pakej tersebut di laman web ­rasmi www.haval.my atau layari Facebook HAVAL Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini