Hashtag #khabarbaik bawa berita baik kepada pelanggan Unifi Sarawak - Utusan Malaysia

Hashtag #khabarbaik bawa berita baik kepada pelanggan Unifi Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 2 Mei – Telekom Malaysia Bhd. (TM) komited dalam misinya untuk menghubungkan setiap rakyat Malaysia secara lancar, sekali gus mempercepatkan perjalanan negara untuk menjadi sebuah negara digital.

Pengurus Besar Telekom Malaysia Bhd (TM) Sarawak, Jafer Sadig Abdul Latiff berkata pergerakan hashtag #khabarbaik dilancarkan baru-baru ini oleh jenama Unifi itu juga akan membawa lebih banyak berita baik terutamanya kepada lebih 100,000 pelanggan Unifi di negeri ini.

Beliau berkata bersempena musim perayaan yang akan tiba, Unifi telah memperkenalkan pergerakan #khabarbaik dengan pakej hiburan, merangkumi pelan Unifi 300 megabit sesaat (Mbps)™ terkini dan pelan penjimatan kuota berganda bagi pengguna pascabayar Unifi mudah alih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pergerakan ini dilaksanakan untuk membawa perubahan positif dan Unifi sentiasa mencari jalan untuk memperkasakan pelanggan menerusi gaya hidup kemudahan digital dan memperluaskan inisiatif ini ke seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas sesi “Sembang Santai #khabarbaik TM Sarawak” di sini hari ini .

Beliau berkata pelanggan Unifi Sarawak semakin bertambah setiap bulan hasil daripada kesan #khabarbaik yang dilaksanakan secara dalaman sejak awal tahun ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini