BUTTERWORTH – Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor. Beliau berkata, dari sudut fekah, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf. “Ini hanya yang berkaitan dengan mu’amalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah. “Ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan kepada orang lain,” katanya pada majlis Iftar dan Pembayaran Zakat Perniagaan di sini. Beliau mengulas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya