Guru jadi pameran bergerak tular - Utusan Malaysia

Guru jadi pameran bergerak tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA seorang guru, Fazri Hassan baru-baru ini tular di laman sosial selepas kisahnya yang mengenakan kemeja putih bercorak kartun hasil sentuhan tangan anak-anak pendidikan khasnya tersebar di laman sosial.

Menerusi laman twitternya, Fazri menerangkan lukisan pada baju itu merupakan salah satu daripada hasil projek Pendidikan Seni bagi mencungkil dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati.

Bagi menghargai sentuhan tangan anak didiknya itu juga, Fazri sanggup berjalan mengelilingi sekolah sambil mengenakan pakaian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah sangat bermakna kerana dihasilkan oleh 10 orang murid daripada Program Pendidikan Khas.

“Menghargai usaha mereka adalah penting, Maka pada hari ini saya menjadi pameran seni bergerak untuk mempamerkannya kepada warga sekolah,” katanya.

Menurut Fazari lagi, kesemua pelajarnya itu mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan rekaan baju tersebut,

Kisah yang dikongsikan oleh Fazri ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna laman sosial. Rata-rata mereka memuji hasrat murni tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini