Gullit kritik permainan buruk Alli - Utusan Malaysia

Gullit kritik permainan buruk Alli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – Ruud Gullit melontarkan kritikan terhadap pemain Tottenham selepas mereka tewas 0-1 kepada Ajax dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Spurs kini perlu bekerja keras dalam aksi timbal balas di Amsterdam minggu hadapan sekiranya mahu meneruskan impian dalam kancah saingan bola sepak elit Eropah itu selepas jaringan Donny van de Beek pada separuh masa pertama menyukarkan perjalanan mereka ke pentas final.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino dilihat gagal melakukan serangan yang membahayakan lawan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, Gullit memberi pujian kepada pemain Ajax dan memberi kritikan terhadap beberapa pemain Spurs yang gagal menyerlah dalam perlawanan penting buat kelab itu.

“Ajax berada di bawah tekanan tetapi mereka mampu bertahan dengan baik dan tidak mempersia-siakan peluang yang ada.

“Bagi saya, ramai pemain sangat mengecewakan kerana saya mengikuti mereka setiap minggu di Liga Perdana Inggeris.

“Dele Alli, sangat mengecewakan dari segi teknikal. (Victor) Wanyama dan (Danny) Rose, juga sangat menghampakan dari segi teknikal.

“Saya lihat mereka beraksi setiap minggu dan bagaimana mereka boleh melakukan terlalu banyak kesilapan? Saya tahu mereka semua bermain di bawah tekanan tetapi mereka perlu tahu apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan seperti ini,” kata legenda bola sepak Belanda itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini