KUALA LUMPUR 2 Mei – Kejohanan Grand Prix eRacing Asia Tenggara yang diperkenalkan Jun ini, akan membolehkan peminat sukan perlumbaan menjadi seorang pelumba kereta terkenal. Pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong berkata, kejohanan permainan elektronik itu akan menjadi satu batu loncatan kepada belia yang meminati dunia permotoran, untuk memasuki perlumbaan sebenar. Yoong selaku pelumba Formula 1 (F1) Malaysia pertama dari 2001-2002, mendedahkan 40 peserta terbaik daripada kejohanan itu, akan dilatih menjadi…










