Gattuso tinggalkan AC Milan - Utusan Malaysia

Gattuso tinggalkan AC Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 Mei – Ketua jurulatih, Gennaro Gattuso telah meninggalkan AC Milan dengan persetujuan bersama selepas kelab Serie A itu terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Gattuso, 41 tahun, sepatutnya masih mempunyai kontrak dua tahun lagi bersama kelab itu.

“AC Milan mengucapkan terima kasih kepada Gennaro Gattuso kerana membimbing kelab ini selama 18 bulan,” kata kenyataan daripada kelab berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

AC Milan menamatkan kempen musim ini di tangga kelima liga dengan perbezaan satu mata daripada pasukan tangga keempat sekali gus terlepas peluang untuk meraih tempat ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan.

Ketua Eksekutif AC Milan, Ivan Gazidis berkata, segala sumbangan Gattuso akan terus diingati oleh kelab.

“Gattuso telah memberikan segalanya sepanjang musim ini malah dia sentiasa bekerja keras untuk memastikan yang terbaik buat kelab.

“Dia juga seorang yang bertanggungjawab ketika membimbing kelab ini.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Gattuso atas segala komitmen yang telah diberikan sepanjang bersama AC Milan,” kata Gazidis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini