Jika benar syaitan dirantai, mengapakah masih ada kejadian gangguan makhluk halus dalam bulan Ramadan? Jawapan: Pertanyaan ini mungkin berpunca daripada hadis Rasulullah bersabda, bermaksud: “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” – Riwayat Bukhari PENDAPAT ULAMA Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Berdasarkan sebahagian pandangan ulama, yang dimaksudkan syaitan dalam hadis ini adalah merujuk kepada sebahagiannya iaitu jin yang ganas lagi menentang (bukan semua syaitan). Ibnu…