Gangguan air di Klang dijangka pulih esok - Utusan Malaysia

Gangguan air di Klang dijangka pulih esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Sebanyak 44 kawasan di Klang, Selangor yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden tiga paip utama pecah berhampiran projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping dijangka pulih secara berperingkat.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya menjangka pemulihan sepenuhnya bekalan di kawasan berkenaan bermula pukul 1 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Air Selangor bekerja secara berterusan bagi pemulihan bekalan di baki 21 kawasan dan menjangka bekalan akan pulih secara berperingkat dengan pemulihan bekalan sepenuhnya menjelang 3 petang.

“kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air yang dilaksanakan oleh Air Selangor ini adalah tindakan segera untuk memulihkan bekalan air secepat mungkin ke kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Air Selangor juga sedang bekerjasama dengan pihak berkenaan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk melaksanakan tindakan penyelesaian jangka panjang bagi mengelak insiden yang tidak diingini dan risiko pergerakan tanah yang mungkin berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini