Food Bank Siswa: UTM perintis sistem imbasan muka - Utusan Malaysia

Food Bank Siswa: UTM perintis sistem imbasan muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur menggunakan sistem imbasan muka bagi mengenal pasti penerima yang layak untuk sumbangan program Food Bank Siswa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sistem yang mengumpulkan pangkalan data seramai 382 pelajar itu sekali gus menyaksikan UTM KL sebagai perintis daripada 20 universiti awam lain.

“Mereka telah membangunkan satu pangkalan data di mana penerima itu akan dikenal pasti menerusi sistem imbasan muka. Masuk sahaja, gambar penerima akan diambil oleh kamera dan dengan sendirinya, data akan dipaparkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia merupakan satu nilai tambah dalam program kami yang dibangunkan sendiri oleh UTM. Saya sangat berpuas hati. Dari segi bilangan penyumbang yang besar dan universiti ini menyediakan data yang telah dikemaskini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Food Bank Siswa di UTM KL, di sini hari ini.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (tengah, berdiri) bergambar bersama-sama antara penerima sumbangan program Food Bank Siswa di UTMKL, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ ANIS MALEK

Turut hadir, Pro-Naib Cancelor Kampus UTM KL, Profesor Dr. Shamsul Sahibuddin. Saifuddin Nasution sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Bazar Aidilfitri @ Residensi UTMKL.

Dalam perkembangan lain, usaha membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) menerusi program Food Bank bakal diteruskan menjelang Ramadan ini di mana kotak makanan akan ditempatkan di universiti, masjid dan surau di sekitar Lembah Klang.

“Kementerian dengan kerjasama rakan strategik akan menempatkan kotak iaitu lebihan makanan dari bazar Ramadan dan dapur hotel boleh disalurkan bagi bekalan sahur golongan sasaran.

“Bagaimanapun, program ini sedang diperhalusi dan projek perintisnya akan bermula pada hari pertama Ramadan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini