LIVERPOOL 29 Mei – Sadio Mane mengakui, dia pastinya teruja apabila dikaitkan dengan Real Madrid, namun bintang Senegal itu amat gembira bersama Liverpool dan tumpuannya kini adalah cuba membantu mereka merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara. Sejak beberapa minggu lalu, media Sepanyol melaporkan penyerang Reds itu menjadi sasaran utama Real bersama pemain tengah Manchester United, Paul Pogba. Mane bakal beraksi di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid, Sabtu ini (3 pagi Ahad waktu Malaysia) apabila Liverpool menentang Tottenham dalam final Liga Juara-Juara. Pemain berusia 27 tahun itu meledak 17 gol dalam 24 perlawanan tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya