FIFA gantung Raiola daripada pasaran perpindahan dunia - Utusan Malaysia

FIFA gantung Raiola daripada pasaran perpindahan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Mei – Ejen terkemuka dunia, Mino Raiola dikenakan penggantungan perpindahan pemain di seluruh dunia.

Raiola sebelum ini dikenakan penggantungan perpindahan pemain selama tiga bulan di Itali tetapi pengerusi jawatankuasa disiplin FIFA memutuskan tindakan lebih drastik.

FIFA memutuskan penggantungan itu akan berkuatkuasa sehingga 9 Ogos ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu akan memberi kesan buruk kepada Liga Perdana Inggeris terutama melibatkan pemain seperti Paul Pogba yang dikhabarkan mahu meninggalkan Manchester United bagi menyertai Real Madrid.

“Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan untuk meluaskan lagi hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) ke atas Carmine dan Vincenzo Raiola, merangkumi seluruh dunia.

“Carmine Raiola digantung selama tiga bulan manakala Vincenzo Raiola selama dua bulan dan ia berkuatkuasa serta merta,” kata kenyataan itu.

Sebab utama penggantungan itu tidak diketahui tetapi terdapat laporan menyatakan ia mungkin berkaitan perpindahan Gianluca Scamacca dari Roma ke PSV pada 2015.

Raiola kini mewakili bintang Ajax, Matthijs De Ligt yang menjadi tumpuan pasaran perpindahan yang menyaksikan Barcelona berminat untuk mendapatkan bintang muda itu.

Dia sebelum ini sudah menamatkan hubungannya bersama Romelu Lukaku tetapi masih menguruskan penjaga gawang, Sergio Romero.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini