SEBELUM memulakan perlawanan gasing moden Beyblade, Lucas Ma, 13, memeriksa kelengkapannya terlebih dahulu bagi mengelakkan permainannya terganggu. Lucas memeriksa satu persatu peralatan itu dengan teliti dan mencubanya terlebih dahulu sebagai persediaan terakhir sebelum perlawanan. Sebaik sahaja pengacara perlawanan meniup wisel, dia terus merentap penarik dengan kuat supaya Beybladenya berpusing laju dalam tempoh yang lama. Ternyata tuah menyebelahi Lucas apabila pada pusingan akhir perlawanan itu, Beyblade kepunyaannya berjaya menyingkirkan Beyblade pesaing…









