MARAN – Pegawai dan pemain pasukan Felda United mengadakan agihan 500 bekas bubur lambuk di hadapan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka petang tadi.
Program yang turut disertai oleh Kami Anak Felda itu diadakan sebelum berlangsungnya perlawanan Liga Super antara Felda United dan Terengganu FC I malam ini.
Agihan bubur lambuk itu merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan pasukan Felda United sempena bulan Ramadan. – K! ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











