Familia Fried Chicken kolaborasi bersama minyak masak Alif - Utusan Malaysia

Familia Fried Chicken kolaborasi bersama minyak masak Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan, Familia Fried Chicken (FFC) tampil dengan program khas bersama minyak masak Alif dengan memberikan hampir 6000 sampel (500 ml) minyak masak percuma kepada pengunjung bazar Ramadan di setiap gerai Familia Fried Chicken.

Menurut salah seorang pengasas FFC, Muhammad Nazmi Jamil, pemberian sampel percuma minyak masak Alif itu dilakukan di lapan bazar Ramadan sekitar Lembah Klang.

“Dengan setiap pembelian satu set FFC berharga RM10, pengunjung juga turut akan diberikan satu botol (500ml) minyak masak Alif secara percuma sehingga stok masih ada,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bazar Ramadan yang terlibat adalah :

1. Bazar Jalan Raja Uda, Kg Baru

2. Bazar Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru

3. Bazar Taman Melawati

4. Bazar Taman Setiawangsa

5. Bazar Downtown Sri Rampai

6. Bazar Taman Greenwood, Gombak

7. Bazar Taman Pinggiran, Batu Caves

8. Bazar Jalan Kebun, Klang

Tambah Muhammad Nazmi, program itu juga adalah salah satu usaha untuk lebih memperkenalkan khasiat minyak masak Alif selain memberi kesedaran kepada pengguna.

“Minyak masak Alif ini sesuai digunakan di dalam setiap masakan kerana ia bebas kolesterol dan diperkayakan dengan vitamin E yang merupakan bahan anti-oksidan semulajadi,” jelasnya.

Alif adalah minyak masak mampan berkualiti tinggi pertama Malaysia yang dimiliki oleh Sime Darby Plantation.

Sebagai rekod, tahun ini merupakan tahun ketiga bagi FFC berniaga di bazar Ramadan.

FFC telah diasaskan pada tahun 2015 dan kini mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang yang telah mencetuskan fenomena ayam goreng dimakan bersama sos keju.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web FFC di www.familiafriedchicken.com, laman sosial Instagram dan Facebook, @familiafriedchicken.my serta Familia Fried Chicken Malaysia. – K! ONLINE
 

Dengan setiap pembelian satu set ayam goreng FFC berharga RM10, pengunjung akan diberikan satu boto
Dengan setiap pembelian satu set ayam goreng FFC berharga RM10, pengunjung akan diberikan satu botol (500ml) minyak masak Alif secara percuma.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini