Ewan akhirnya takluk Giro de’Italia - Utusan Malaysia

Ewan akhirnya takluk Giro de’Italia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESARO, Itali 18 Mei – Selepas tewas tipis dalam tiga peringkat terdahulu, pelumba Australia, Caleb Ewan akhirnya menjuarai peringkat kelapan jelajah berbasikal Giro d’Italia selepas melepasi cabaran sengit sekumpulan pakar pecut, hari ini.

Sekumpulan pelumba pilihan, Simon Yates (Britain), Primoz Roglic (Slovenia), Vincenzo Nibali (Itali) dan Miguel Angel Lopez (Colombia) semuanya berada dalam kumpulan yang sama dan tiba hampir serentak di garisan penamat dalam perlumbaan dari Tortoreto Lido ke Pesaro.

Pelumba Itali, Valerio Conti dari pasukan UAE Emirate bagaimanapun mengekalkan jersi merah jambu selaku pendahlu keseluruhan buat hari ketiga. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini