LONDON 9 Mei – Satu patung khas layak dibina untuk Lucas Moura selepas hatriknya berjaya membantu Tottenham melangkah ke saingan akhir Liga Juara-Juara, demikian kata rakan sepasukan Christian Eriksen.
Ketika aksi separuh akhir kedua, Ajax turun dengan kelebihan agregat 3-0 namun jaringan termasuk pada minit ke-96 membolehkan Tottenham meraih kemenangan dengan kelebihan jaringan dan akan menentang Liverpool pada 1 Jun ini.
Kata Eriksen, kemenangan yang diraih oleh Spurs dalam aksi awal pagi tadi adalah sesuatu yang amat menakjubkan dan Moura telah melakukan sesuatu keajaiban buat kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.
“Ia adalah perlawanan yang sungguh tidak dijangka, kami bermula dari bawah namun berjaya bangkit untuk mengatasi keputusan lalu, kami amat bertuah.
“Sebelum perlawanan menang kami sedar perlu untuk beraksi dengan sebaiknya.
“Hari ini tiada taktikal cuma lebih banyak serangan dan kerana semangat juang tinggi maka kami berupaya meraih kemenangan.
“Sebuah patung khas memang layak dibina untuk dia (Moura) kerana usahanya telah membantu kami melangkah ke saingan akhir,” kata Eriksen. – AGENSI











