LANGKAWI 1 Mei – Kapal layar mewah Equanimity yang berlabuh di Pangkalan Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jalan Bukit Malut di sini, sejak 14 November tahun lalu, telah belayar keluar daripada pangkalan tersebut pada 28 April lalu. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini yang memaklumkan, bahawa kapal tersebut menuju ke Singapura. Kata beliau, pergerakan kapal itu tidak diiringi oleh…










