Enam rumah penduduk dipukul ribut di Sungai Petani - Utusan Malaysia

Enam rumah penduduk dipukul ribut di Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 6 Mei – Enam buah keluarga terpaksa menerima dugaan berat pada awal Ramadan ini apabila rumah mereka di Kampung Segantang Garam, Bujang dan Jilid 5 Tanah Rancangan Ban Merbok di sini, dipukul ribut pada semalam dan hari ini.

Dalam kejadian pertama kira-kira pukul 7.45 malam itu, sebanyak empat buah rumah terlibat manakala bakinya berlaku pada pukul 1 petang ini, sehingga mengakibatkan bumbung sebuah rumah diterbangkan angin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, sepasukan anggotanya yang diketuai Sarjan (PA) Amran Ismail dari Skuad Alpha bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kesemua kejadian yang berlaku.

“Dalam kejadian semalam, kesemua anggota selesai memberikan pertolongan kepada mangsa-mangsa kira-kira pukul 9.50 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azahar menambah, kejadian ribut kedua melibatkan dua buah rumah di Tanah Rancangan Ban Merbok, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini